PERIBAHASA
Simpulan bahasa – bentuk peribahasa yang paling ringkas.
Bidalan - peribahasa yang digunakan untuk memberikan pengajaran dan
nasihat
Pepatah – peribahasa yang mengandungi nasihat, pengajaran, dan panduan
hidup
Perumpamaan – peribahasa yang membandingkan sesuatu dengan yang lain dan
mempunyai maksud yang berlainan daripada kelompok kata yang
membentuknya.
Memadankan peribahasa dengan makna.
Simpulan bahasa | Makna |
Minta nyawa |
|
Terang hati |
|
Jalan keluar |
|
Masuk akal |
|
Buah mulut |
|
Sekangkang kera |
|
Bongkok sabut |
|
Tangan terbuka |
|
Bodoh sepat |
|
Menuliskan peribahasa yang sesuai berdasar pernyataan yang diberi.
- Samad tidak suka bergaul dengan murid-murid lain di sekolahnya.
....................................................................................
- Aini berkahwin dahulu daripada kakaknya setelah dilamar oleh Farhan.
....................................................................................
- Said tidak mengendahkan nasihat ayah dan ibunya agar tidak keluar lewat malam.
.....................................................................................
- Aiman menabung sejak kecil lagi. Kini, wang simpanannya sudah hampir RM1,000.
........................................................................................
- Siti menerima kehadiran Ali ke rumahnya dengan memberi layanan yang mesra.
.....................................................................................
6. Lily hanya menggosok baju apabila disuruh oleh ibunya.
.....................................................................................
7. Kamal tercengang-cengang ketika mula-mula tiba di Kuala Lumpur.
......................................................................................
8. Selain bekerja tetap, Ain juga bekerja sambilan di restoran ini.
......................................................................................
9. Kehidupan Mariah sungguh bahagia kerana ibu bapanya menjaga dengan penuh
kasih sayang.
.......................................................................................
10. Murid-murid di dalam kelas itu mendengar dengan teliti apabila Cikgu Nani
membuat sesuatu pengumuman.
.......................................................................................