HUKUM D-M
Hukum D - M bermaksud hukum tentang cara kata-kata disusun/diatur supaya dapat membentuk frasa nama yang lengkap dan sempurna.
- ‘D’ yang dimaksudkan ialah unsur yang diterangkan/subjek ayat/perkara yang diterangkan.
- Manakala ‘M’ pula bermaksud unsur yang menerangkan subjek.
Dalam penulisan, gaya bahasa Melayu baku mengutamakan subjek/perkara. Kemudian diikuti oleh penerangan tentang subjek/perkara berkenaan. Hal ini berbeza dengan gaya bahasa Inggeris. Bahasa Inggeris predikatnya didahulukan. Kemudian diikuti oleh subjeknya.
Perhatikan penerangan di bawah ini.
Frasa Nama (salah) | Frasa Nama (betul) |
jeruk betik mini panggung wayang Wawasan Wisma belacan sambal goreng ikan bilis kambing susu Kim Rumah Tumpangan Malaya Universiti Negara Zoo Kuala Lumpur Menara tarik teh campur air batu Wong Bengkel Kereta api kereta ekspres | betik jeruk panggung wayang mini Wisma Wawasan sambal belacan ikan bilis goreng susu kambing Rumah Tumpangan Kim Universiti Malaya Zoo Negara Menara Kuala Lumpur teh tarik air batu campur Bengkel Kereta Wong kereta api ekspres |
Contoh penggunaan dalam ayat:
1. a) Mini pasar itu terletak di sebelah Bank Rakyat. (X)
b) Pasar mini itu terletak di sebelah Bank Rakyat. (√)
2. a) Sal ai pisang itu dijual dengan harga RM2.00 sekampit. (X)
b) Pisang salai itu dijual dengan harga RM2.00 sekampit. (√)
3. a) Lembu kereta itu sarat dengan muatan kayu api. (X)
b) Kereta lembu itu sarat dengan muatan kayu api. (√)
· Dalam penulisan atau binaan ayat, elakkan daripada melakukan kesalahan berkaitan hukum D-M seperti yang berikut:-
Kesalahan tidak mematuhi hukum DM apabila membentuk frasa nama.
Contoh:
1. a) Ubi tapai itu manis sekali rasanya. (X)
b) Tapai ubi itu manis sekali rasanya. (√)
2. a) Kurung baju itu dibuat daripada kain sutera Thai. (X)
b) Baju kurung itu dibuat daripada kain sutera Thai. (√)
No comments:
Post a Comment